Lama dah rasanya aku tak menulis dalam ni. Last posting adalah semasa sebelum bulan puasa tempoh hari. Aku terlalu sibuk waktu tu dengan persiapan perkahwinan aku dan sibuk pikirkan macam mana nak tambah duit poket aku. Hmm.. alasan yang sebenarnya adalah sebab aku ni MALAS untuk update dalam ni. Ya.. MALAS adalah jawapan yang paling paling sesuai kenapa aku dah lama tak update dalam ni.Lupakan kejap pasal alasan-alasan tu. Kalau nak dikirakan berapa banyak alasan, memang tak terkira sebab diri manusia ni dicipta untuk memberikan alasan. Sekarang ni hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk tahun 2012 akan membukakan tirainya. Tahun 2012 adalah tahun yang ramai orang nanti-nantikan kemunculannya. 2012 penuh dengan pelbagai ramalan dan berita. Paling kuat kedengaran adalah tahun 2012 adalah bermulanya satu era atau zaman paling banyak terjadinya kekacauan.
Tahun 2012 bakal menjanjikan pelbagai ujian besar untuk semua umat manusia (termasuk diri aku sendiri). Malaysia juga tak terlepas dari menerima ujian-ujian berat ini. Ujian paling berat ini akan datang melalui senario politik negara.
Berpandukan pada senario politik negara kita, ramai pemerhati bebas terutamanya yang berasal dari Malaysia meramalkan satu keadaan huru hara bakal berlaku di sini. Aku nak ulas panjang-panjang mengenai ramalan ni pun aku tak pandai nak cerita. Korang bolehlah cuba google apa yang bakal berlaku di Malaysia tahun hadapan tau klik saja pada link yang dah aku sediakan disebelah kanan tu. Ingat. Itu hanyalah ramalan bersandarkan pada situasi semasa politik di Malaysia. Nak jadi atau tak, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.
0 comments:
Post a Comment