Last Day - Hari-hari Terakhir

Last day atau dalam bahasa yang mudah nak faham, hari terakhir. Kenapa Last day? Aku tak tahu. Hati dan jiwa aku mahukan begitu. Mungkin senang untuk aku sampaikan apa yang hendak aku tulis. 'Last day' atau 'hari terakhir' banyak maknanya. Mungkin itu adalah jawapan yang paling tepat kepada persoalan di atas. Ianya adalah berkenaan dengan last day diri aku atau last day berkenaan apa sahaja yang terlintas dalam benak aku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Merenung hari-hari terakhirku buatkan aku merasa kosong. Kadang kala aku rasakan hidup aku kosong tanpa ada apa-apa. Banyak bermonolog seorang diri dari banyak bercakap dengan orang. Di hari-hari terakhir ini, aku mahu menjauhkan diri dari sesiapa sahaja yang ada dalam hidup aku. Aku mahu menghayati hari-hari yang tersisa ini dengan banyak mendiamkan diri dan berfikir mengenai apakah tindakkan selanjutnya yang boleh aku buat.

Andai kata ini adalah last day aku hidup di dunia ini, aku mahu memohon maaf kepada semua orang yang aku kenali sejak aku kecil hingga ke saat ini. Hidup aku sejak kecil tak macam hidup kanak-kanak lain yang gembira. Sejak kecil aku dibuli oleh kawan-kawan yang lain. Mungkin aku ni jenis tak suka melawan dan suka beralah. Bila dibuli, mak aku la yang akan pertahankan aku. Dari sekolah tadika hingga masuk ke darjah satu, kehidupan aku penuh dengan khayalan dan imaginasi. Maklumlah, aku tak punya adik beradik yang lain. Aku anak tunggal sebab mak aku dah tak boleh beranak lagi selepas melahirkan aku. Jadi, hidup aku rasa sunyi.

Aku suka habiskan masa kecil aku bermain di kawasan taman dalam kawasan rumah aku. Dulu aku suka sangat habiskan masa bermain di situ. Banyak pokok-pokok dalam taman tu. Perkara yang paling aku suka lakukan adalah buat pondok kecil bawak pokok mangga dan main masak-masak dengan sepupu perempuan aku dan anak jiran sebelah rumah aku.

Lagi satu port bermain aku adalah di kawasan rumah setinggan tepi jalan keretapi. Kawan-kawan aku paling banyak kat situ. Ada antara mereka yang hidup miskin dan ada juga antara mereka yang kaya. Bila bermain kat rumah mereka, aku lebih suka masuk kedalam rumah orang miskin jika dijemput berbanding rumah orang kaya.

Bagi yang miskin, pada setiap hari sabtu terutamanya waktu tengah hari, ada sebuah rumah orang yang boleh dikatakan kehidupan mereka mewah sedikit dari yang miskin menjadi tumpuan makcik-makcik yang rumah mereka tiada tv untuk datang menonton cerita tamil atau hindustan di situ. Bila aku mula bercampur dengan orang-orang setinggan ni, kawan aku bertambah ramai. Petang-petang boleh keluar rumah pusing satu taman perumahan dengan basikal.




To be continue...

0 comments:

Post a Comment