Bertemu bukan untuk berpisah

0 comments
Salam. Kita selalu dengar ungkapan "bertemu untuk berpisah' dari orang-orang frust dalam hidup tambah-tambah lagi yang bercinta. Bagi aku ayat itu sesuai bagi mereka yang gagal dalam maksud hidup di dunia ini atau yang lebih tepatnya adalah gagal dalam percintaan. Satu lagi ungkapan adalah 'bertemu bukan untuk berpisah'. Ayat ini jarang kita dengar. Dulu aku tertanya-tanya apakah maksud bertemu untuk berpisah itu. Lepas satu peristiwa yang terjadi dalam hidup aku satu ketika dulu, baru aku faham apa maksudnya.

Maksudnya adalah kehidupan kita ini sebenarnya berada di dalam skrip yang empunya diri kita iaitu Allah SWT. Hidup kita ibarat seperti berada di dalam sebuah cerita macam yang kita tengok kat tv. Baiklah, untuk senang faham, aku straight to the point. Bila kita berpisah, tidak bermaksud hidup kita ini akan berakhir. Sebaliknya itu adalah salah satu learning process untuk diri kita dalam mendapat pengalaman-pengalaman baru dalam hidup dan sebagai langkah permulaan untuk kita meneruskan hidup kita. Pengalaman-pengalaman yang kita perolehi itu amat berguna untuk kita guna pada langkah seterusnya dalam kehidupan ini. Bila kita dah berjaya dengan langkah yang baru tu, jangan ingat kita dah berjaya buat selamanya. Sebaliknya ianya juga adalah satu langkah yang baru dalam hidup kita.

Bila kita dah mencapai maksud hidup yang kita nakkan tu, kita haruslah redha menerima siapa saja yang akan menjadi teman hidup kita. Kadang-kala apa yang kita dapat tu tak 100% atau 80% yang kita mahukan. Itu yang buatkan sesetengah orang terus mengambil langkah segera dengan penceraian sedangkan masih ada ruang-ruang untuk kita perbaiki hubungan itu.

Di sini barulah bermulanya bertemu bukan untuk berpisah itu dan sekarang ini aku sudah faham maksud sebenarnya. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannyan sendiri. Di sinilah pentingnya kita memenuhi kekurangan yang ada pada diri pasangan kita dengan kelebihan yang Allah SWT kurniakan pada kita. Dan juga jika pada diri kita punya kekurangan dan pasangan kita itu punya satu kelebihan yang baik, maka kita boleh ambil ataupun ikut kelebihan yang ada pada pasangan kita tu. Jika diri kita dikurniakan oleh Allah kelebihan dalam hal keagamaan dan pasangan kita itu kurang pula agama di dalam dirinya, jangan la pula kita ambil langkah yang terlalu keras jika apa yang kita suruh tu dia tak mahu ikut.

Pelbagai kaedah dakwah yang boleh kita pelajari untuk buatkan pasangan kita itu mula mengikut apa yang kita suruh. Contohnya seperti solat. Jika pasangan kita tu tak nak solat sedangkan kita tahu solat itu wajib atas setiap umat Islam, jangan la kita paksa-paksa secara keras. Cari jalan untuk buat dia solat. Jika dia kata dia nak ikhlas dulu baru nak solat, cakapkan saja pada dia solatlah dalam keadaan tak ikhlas pun tak apa. Ikhlas bukan syarat sah solat. Tak termasuk dalam 13 syarat sah solat pun. Ikhlas atau tak itu semua datangnya dari Allah SWT. Betul tak? Apa pun yang harus kita tanam dalam diri kita adalah, bertemu bukannya untuk berpisah. Ada sebab kenapa Allah SWT jodohkan kita dengan pasangan kita.

Wallahualam..

Ujian dan dugaan

0 comments
Salam.
Dah lama rasanya tak menulis dalam ni. Aku tak ada kesempatan langsung untuk update posting dalam ni sebab terlalu sibuk berhadapan dengan ujian-ujian dari Allah SWT. Tidak aku sangka aku akan diuji sebegini rupa lepas kahwin. Semoga aku akan terus dapat lalui ujian ini dengan berjaya. InsyaAllah..

To be continue...